Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, November 18, 2011

hari-hari berlalu..

riang bermadah duka meniti kehidupan,
terkadang sukar mentaarif kawan atau lawan,
benci membenci saling bertukar suka dan percintaan,
bunga-bunga indah kemanisan jika dalam perjuangan.

terkadang ku terfikir untuk menghulurkan tangan,
kepada sang pembenci seruan keesaan,
diri bukan sempurna pun nak kasihankan lawan,
kita pun terkapai-kapai cari keredhaan.

dosa dan pahala silih bergantian,
seolah kita semua macam munafik kan?
malu juga nak kata kita pembawa panji perjuangan,
tapi apa nak buat, kita pun nak selamat dari kemurkaan.

nabi bersabda kita seperti berkenaan,
kadang okey kadang-kadang tak makan saman,
masing-masing ikhlas nak cari kekuatan,
cuma ilmu yang membezakan..

kalau buat dosa dan keterlanjuran,
Rasulullah ajar cepat adakan selingan,
buat baik selepas kejahatan,
Insyaallah Allah buka jalan

teruskan menyeru kebaikan,
menentang kemungkaran,
itulah pendirian kita dari zaman kerasulan,
orang nak berjuang xbaik lah kalau kita nak halang.. kan? =)

habis degree mulakan percutian,
rehat sebentar dari kedewasaan,
lupakan sengketa kehidupan,
bridge sebelum teruskan perjalanan..

........

bangun.. bangun...
bangkitlah dari ketiduran,
honey moon perlu ditamatkan,
perjuangan perlu diteruskan,

hari ini menuju kedewasaan,
ilmu, duit, kahwin, semua dah kena masuk dlm perancangan,
disamping penuhi tanggungjawab perjuangan,
hingga disini, semua perlu seiringan~~

master ni suatu permulaan,
moga aku belajar tekun dan kecintaan,
pada dunia keilmuan,
setelah 5 tahun kebuntuan..

pernikahan?
aku ingin jadikan ini permulaan,
titik tolak meningkatkan ketaqwaan,
isteri solehah kunci kecintaan tuhan.

akhiran,
indahnya jika sabar menerima ujian tuhan~~

0 comments:

Post a Comment