Subscribe

RSS Feed (xml)

Sunday, December 26, 2010

Reverse Tarbiyah

Tahukah anda mengenai sektor perhubungan yang menerima pelaburan terbesar saban tahun daripada setiap kerajaan dunia. Sektor yang merangkumi hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia. Sektor ini mengalami pengembangan dan peningkatan setiap masa. Teknologinya menjadi asas atau penyumbang utama kepada globalisasi. Apakah sektor yang dimaksudkan?

Sektor komunikasi =perhubungan =interaksi =penyampaian
= DAKWAH


Beberapa hujah dikemukakan untuk menguatkan teori berkenaan............



Hujah 1


Sektor komunikasi mengalami pengembangan yang paling besar. Daripada perhubungan,lahir bidang penulisan,kewartawanan,media,media elektronik dan cetak,hiburan,pengiklanan dan yang terbaru ,sektor jaringan komunikasi mudah alih atau tanpa wayar.

Hujah 2


Perkembangan teknologi hari ini banyak dipelopori oleh teknologi komunikasi. Komputer adalah asas kepada pengembangan teknologi yang kian pesat. Penciptaan komputer telah membuka kepada era baru dunia teknologi. Hasilnya perkembangan setiap bidang menjadi sangat pantas,cepat dan semakin luas.

Jangan memandang komunikasi hanya sekadar medium untuk berhubung semata. Terdapat misi yang lebih besar ingin disampaikan. Pelancaran satelit ke angkasa ,tujuan utamanya adalah untuk komunikasi. Penerokaan angkasa lepas dan ketenteraan hanyalah tujuan sampingan.Setuju? Saya tahu anda akan mengatakan saya betul..terima kasih.

Minda hanya berfungsi apabila wujudnya mesej-mesej yang dihantar. Konteksnya sama dengan kereta ‘hanya bergerak apabila minyak diisi’. Di sinilah teori “kawalan Minda” bermula. Mengawal proses keluar masuk ‘ mesej’ ke dalam minda manusia. Kekerapan keluar masuk mesej ini turut dikatakan sebagai TARBIYYAH kerana sifatnya yang berterusan. Pada zaman dahulu,’mesej-mesej’ ini perlu dicari. Tetapi pada masa kini,tidak lagi. Anda hanya perlu menilai dan memilih berdasarkan keupayaan yang dimiliki akal.

Kita pergi kepada konteks yang lebih besar iaitu sistem yang beredar di dalam Negara dan Dunia seluruhnya. Sistem politik yang haru-biru seperti di Malaysia,demokrasi yang tidak telus,undang-undang korupsi,ekonomi riba dan menindas golongan bawahan, hiburan melampau,media tidak bebas dan tidak menyediakan alternatif manfaat buat masyarakat,idealism dalam penulisan yang kacau-bilau dan terlalu karut , juga pemerintahan yang diktator. Sistem yang berlegar seperti ini akan melahirkan masyarakat sepertimana yang anda lihat sekarang. Pentingkan diri sendiri,tidak pedulikan orang sekeliling,malas cari kerja,nak kaya cepat,sumbang mahram sesama ahli keluarga,tipu untuk dapat harta,zina sana sini,taksub pada parti dan pemimpin,mudah terikut-ikut dengan budaya sekeliling ,jabatan agama dan gerakan Islam tunggang-langgang dan beratus-ratus lagi gejala yang terlalu panjang untuk dihurai. Sistem yang berlegar seperti inilah yang disebut sebagai TARBIYYAH SYAITANNIAH.


Apabila anda berjaya mengawal ‘ proses keluar masuk’ mesej ke dalam minda manusia dan menggerakkannya secara berterusan maka anda akan menguasai pemikiran manusia secara mutlak. Inilah strategi utama ‘TEKNOLOGI KAWALAN MINDA’.

Anda digesa untuk membuat pemerhatian terhadap mesej –mesej yang wujud di seluruh sektor kehidupan manusia dan dunia umumnya. Daripada sektor hiburan,sukan ,media,internet,ekonomi,politik,demokrasi,undang-undang. Sebanyak manakah mesej-mesej yang menyeru kepada kebaikan,kemanusiaan,keamanan,kedamaian,keadilan,kejujuran,tanggungjawab dan dan mesej yang paling besar iaitu MESEJ KETUHANAN sampai kepada manusia. Saya berani bertaruh dengan jari kelingking (sumpah orang dulu-dulu) daripada 100 % mesej yang beredar di dalam kehidupan dan dunia seluruhnya,hanya 5 % sahaja yang memenuhi kriteria positif atau kebaikan manakala mesej yang mengajak manusia kepada Tuhan hanyalah sekadar 0.0031 % sahaja. Itupun nasib baik terlintas di kepala untuk beberapa saat. Jika tidak seluruh kepala otak dan minda kita hanya dipenuhi dengan mesej-mesej nafsu,jahat,negatif,prasangka,zalim dan bodoh. Waktu solat pun masih memikirkan hutang dari hujung kaki ke hujung rambut,makanan habis,isteri minta cerai,kawan tipu dan macam-macam lagi. Bagaimana anda boleh bertahan di dalam dunia yang nazak seperti ini ?


Mungkin sedikit penjelasan di sini. Saya tidak bermaksud mengenepikan politik dan demokrasi kerana kedua-duanya adalah asas pemerintahan seluruh kerajaan dunia.( Memang lawak jika anda mahu berkuasa tetapi sekadar menjadi penonton kepada sistem. )Mungkin anda pernah mendengar MARATIB AMAL,satu kajian khusus dalam membentuk sistem atau Daulah Islamiah. Ia telah diasaskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna. (maaf jika silap). Pembentukan daulah Islam secara beransur-ansur dan bertahap daripada individu muslim,baitul muslim,masyarakat Islam,daulah,khilafah sehinggalah alam cakerawala.

Secara jujur dan ikhlas,berapa banyaKkah individu,keluarga dan masyarakat yang betul-betul beramal dengan Islam di Malaysia. Mungkin daripada jumlah 100%, tidak sampai 8% yang benar-benar beramal dan mempraktikan Islam secara berkesan di dalam kehidupan. Anda boleh menilai keadaan ini berdasarkan rekod jenayah seksual,kadar jenayah yang berterusan meningkat,aktiviti seks yang meningkat setiap hari,budaya-budaya punk dan shuffle yag terus berkembang dan pelbagai indikator yang berkaitan. Masih adakah individu muslim yang mampu bertahan ? Hal ini tidak termasuk tanggungjawab yang gagal dilaksanakan oleh sekian banyak jemaah Islam ,NGO Islam,jabatan agama,dan ulama-ulama yang berdiam diri. Mereka masih ingin ‘hidup sendiri-sendiri dan masing-masing tidak mempedulikan antara satu sama lain’.


UMMAT ISLAM MEMILIKI SARANA YANG CUKUP KUAT DAN TEGUH JIKA KELOMPOK-KELOMPOK INI REALISTIK DALAM MENANGANI PERMASALAHAN YANG WUJUD. PADA KONDISI SEMASA,KITA TIDAK TAHU APAKAH ISU YANG PERLU DIBASMI DAN DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULU MENGIKUT TAHAP,KEADAAN DAN KESESUAIAN.ADAKAH ISU POLITIK,MASYARAKAT,DEMOKRASI ATAU ISU SAMPAH DI TEPI LONGKANG. TIDAK FOKUS DAN TELITI AKAN PERMASALAHAN YANG WUJUD TELAH MENYEBABKAN KEKUATAN MEREKA SEMAKIN TERHAKIS TERHADAP KEPANTASAN GERAK KERJA TARBIYYAH SYAITAN YANG MELAMPAUI ARUS DAN MASA. TEKNOLOGI TARBIYYAH SYAITAN SUDAH MERANGKUMI TEKNOLOGI 4 G TETAPI UMMAT ISLAM MASIH LAGI DI TAHAP 1 Kbps. TERLALU JAUH, LEMAH DAN LEMBAB.



Dalam konteks dan suasana sekarang tidak ada ruang untuk menyalahkan kerajaan yang rata-ratanya terdiri daripada kelompok yang jahil akan Islam. Kewujudan negara Madinah disusuli dengan kefahaman dan kecintaan hampir keseluruhannya Ummat Madinah terhadap Islam. Dalam kata lain,hampir 100% masyarakat madinah telah faham akan Islam. Disebabkan itulah sistem Islam dapat berjalan dengan lancar. Perhatikan angka masyarakat yang faham Islam di sekeliling anda sekarang. Berapa peratuskah anggaran yang boleh diletakkan bagi mewakili komuniti Islam yang benar-benar faham akan Islam? 80%,70%,50%,40% atau 10%. Mungkin paling kritikal kita boleh meletakkan sekurang-kurangnya 10 % daripada jumlah komuniti Islam sedia ada. Setuju? Jalan demokrasi dan politik adalah pendekatan terakhir setelah hampir keseluruhan ummat benar-benar faham akan Islam. Bermula daripada situ,pendekatan dakwah perlu diperluaskan sehinggalah masyarakat bukan Islam boleh menerima Islam sebagai cara hidup atau sekurang-kurangnya mereka boleh berkomporomi dengan sistem Islam. Mudah dan ringkas pendekatan yang digunapakai oleh Nabi Muhammad S.A.W. di dalam membina Negara Madinah.


Wujudkan time frame untuk proses pembaikan masyarakat melalui kerjasama organisasi-organisasi muslim dan jabatan agama. Contoh :

Tahun

1---------------2--------------3--------------4---------------5--------------6--------------7


-Tempoh untuk pembaikan masyarakat islam ,gejala sosial,menghidupkan masjid,memperkukuh institsi keluarga dll(masa jangkaan pembaikan : 2 tahun)


-tempoh berikutnya membina jaringan ekonomi muslim,menjaga produk dan pasaraya islam(masa jangkaan pembaikan : 2 tahun)


-melalui pengukuhan ekonomi maka ,komuniti muslim akan memiliki dana kewangan yang cukup untuk membuat pelaburan dalam sektor media,hiburan dan internet.(merujuk kepada hak milik tunggal komunti islam)(masa jangkaan pembaikan : 2 ½ tahun )
(kenapa 2 1/2 tahun,2 tahun,kenapa tidak 3 tahun 2 hari atau lain-lain,soalan itu jangan dibangkitkan,suka hati lah nak letak berapa,lu apa tau !!!!!)

Tarbiyyah yang saya maksudkan adalah untuk MEMPERKEMAS, MENYUSUN, MEMANTAU, MENGAWAL, DAN MEMASTIKAN IA BERJALAN BERTERUSAN melalui unit-unit kecil seperti unit pengarahan,program,pemantauan,pembangunan dan ekonomi ,kawalan kualiti dan juga unit penggerak. Unit-unit ini bertindak sebagaimana organisasi rahsia (Secret Society )yang yang sedang menjalankan Sistem Tarbiyyah syaitan pada masa kini. Inilah yang saya maksudkan dengan Institusi Tarbiyyah dan Dakwah.--- (Idea yang diutarakan lebih menyerupai idea 'HIDDEN GOVERNMENT' yang berlandaskan DAKWAH DAN TARBIYYAH. (Menurut pengiraan yang mudah,pihak SYAITAN-SYAITAN BERSEKUTU turut menggunakan kaedah yang sama tetapi diterbalikkan fungsinya. Dan mereka telah pergi jauh apabila berjaya menguasai rangkaian kekuasaan pemrintahan dan membentuk idealogi-idealogi karut lalu membentuk sistem yang berjalan sepertimana yang kita lihat sekarang.) TARBIYYAH MENUNTUT PENGURUSAN TERHADAP MESEJ-MESEJ DAKWAH YANG LEBIH TERATUR DAN TERURUS. BUKAN SEKADAR MELEPAS BATUK DI TEPI TANDAS AWAM STESEN BAS KUALA TERENGGANU. GERAK KERJA TABLIGH DAN JEMAAH-JEMAAH SEDIA ADA TIDAK FOKUS,TIDAK TERATUR DAN TERANCANG GARA-GARA MASIH INGIN ‘HIDUP SENDIRI-SENDIRI'. MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA MEREKA SEDANG MENGABAIKAN AKTIVITI MAHUPUN SISTEM DAKWAH YANG DIGUNA PAKAI GERAKAN LAIN.

SETAKAT ARTIKEL INI DITULIS HANYA 1 GERAKAN SAHAJA YANG MEMENUHI KRITERIA TARBIYYAH ABAD MILLENIUM IAITU TARBIYYAH YANG TERURUS,CANTIK,KEMAS, TERANCANG DAN SISTEM DAKWAH YANG TERATUR. (SAYA TIDAK INGIN MENAMAKAN JEMAAH TERSEBUT. SEBENARNYA MEREKA JUGA TIDAK SEDAR APA YANG MEREKA TELAH BUAT). SAYA HANYA MEMBUAT PEMERHATIAN MELALUI PERNYERTAAN DI DALAM USRAH-USRAH MINGGUAN DAN JUGA AKTIVITI YANG MEREKA JALANKAN SETIAP BULAN. UNTUK PERTAMA KALI SAYA BERTEMU DENGAN GERAKAN YANG SANGAT SISTEMATIK. SEMEMANGNYA SAYA TERUJA DENGAN PERKEMBANGAN INI TETAPI MALANGNYA IDEALISME “KAMI MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT SETIAP GERAKAN” TELAH SEKALI LAGI MENGHALANG PENSTRUKTURAN JEMAAH ISLAM. SEDIH DAN KECEWA. AKIBAT TIDAK MAMPU MENANGGUNG GELODAK NAFSU YANG INGINKAN JEMAAH ISLAM INI KEMBALI BERMUAFAKAT DALAM URUSAN UMMAT,MAKA SAYA MENGAMBIL LANGKAH BERUNDUR SEKETIKA BAGI MENYUSUN STRATEGI BARU. MOGA-MOGA SELEPAS INI SEMAKIN RAMAI PIHAK AKAN DAPAT MENILAI DAN MENELITI BETAPA PENTINGNYA JEMAAH ISLAM SEDIA ADA MENYUSUN SEMULA SISTEM DAN GERAK KERJA BAGI MENANGANI TARBIYYAH DAJJAL @ SYAITAN. SEKIRANYA IDEA INI DAPAT DILAKSANAKAN,SEKURANG-KURANGNYA KITA MEMERLUKAN 4-6 TAHUN UNTUK MENYUSUN SEMULA KEKUATAN 1.9 BILLLION UMMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. DAN SEANDAINYA ALLAH MEMPERMUDAHKAN LAGI URUSAN ,USAHA UNTUK MERAMPAS BAITUL MUQADDIS AKAN DIBANTU KAUM KRISTIAN DAN YAHUDI YANG SEDAR TENTANG PERMAINAN DAJJAL DI SEKELILNG IN’ALLAH. SEKALI LAGI SAYA MERAYU AGAR IDEA INI DITELITI SEPENUHNYA.

1 comments:

abu uwais said...

jangan sampai tak ikut mana mana jamaah sudah . kerana di zaman makkah dahulu , nabi xbuat kerja sorang sorang :)

Post a Comment