hari ini merupakan hari yang mengajar aku erti kehidupan bukan semudah yang diimpikan.. mengembalikan aku kepada diri aku yang hina, hak Allah menentukan takdir aku, walaupun ujian itu dirasakan bukan untukku..
perjuangan ini memang berat dan memedihkan, penat dan melukakan, meletakkan kita ditempat yang hina sebagai hamba yang Allah boleh buat apa sekalipun, tapi itulah kedudukan paling mulia disisiNya..
nabi berkata,"ummatku bila gembira dia bersyukur, bila berduka dia bersabar."
walaupun digelar orang seorang pejuang, seorang amilin, tapi aku akui tidak layak untuk berada disini. Allah petik aku di bangku sekolah, dalam keadaan aku hanya Copy and Paste jawapan pertanyaan sahabat lain ketika ditanya..
Ya Allah, aku lemah dan tidak berdaya. hanya dengan kasih sayangMu aku terus istiqamah dalam jalan dakwah ini...
Zalimlah Allah jika mentaqdirkan sesuatu mengikut kehendak aku. Kerana Maha Adil Allah, Dia mentaqdirkan sesuatu mengikut kehendakNya..
Ya Allah, aku telah menzalimi diri sendiri, dan jika bukan dengan maha pengampunMu, maka pasti aku termasuk golongan rugi..
Muhasabahkanku Ya Allah.. pada hubungan dengan Allah yang selalu aku lupa ketika bahagia, Ibu Bapa yang aku kurang raikan sekian lama, orang soleh yang aku membenci mereka.. selama ini aku rasa aku anak soleh, aku baik, rupanya orang yang hampir pun tak dapat bau wangi dariku.. aku nak berubah!!!
teringat ketika pahit berada di matrik... aku menggubah lagu kedua dalam hidupku.. Ikhwanudduat yang bermaksud, sahabat-sahabat dakwah..


0 comments:
Post a Comment