Subscribe

RSS Feed (xml)

Tuesday, December 15, 2009

Sebut Allah pada Kemaksiatan

orang buat maksiat kerana Allah. asal perkataan menyebut kerana Allah, sudah kata ini islamik. menyebabkan di akhir zaman ini, orang beriman, mudah untuk jatuh ke lembah kemaksiatan. keliru dengan islamiknya seseorang, diikuti, lantas masuk dalam lubuk kemaksiatan yang berpanjangan.

melihat dengan mata sendiri, orang memuji kecantikan perempuan yang direnungnya dengan penuh minat,"Masyaallah, cantik perempuan ini". memang memuji penciptaan Allah itu ada betul, tapi sikap dan perbuatan yang dilakukan adalah maksiat.

mungkin larisnya dan berpengaruhnya novel cinta Islamik yang tidak ikut syariat, (ada ke boleh ustaz berdua-duaan dengan gadis di tepi sungai? mahasiswa pengajian usuluddin sebagai watak utama pergi library dengan gadis bukan muhrim?) berjaya menyuntik ideologi liberalis, menghalalkan sesuatu yang secara realitinya akan fitnah pada seorang yang menuntut ilmu agama, tapi dalam dunia novel, atau movie, nampak best.

kalau dulu kita lihat orang yang buat maksiat, jelas kita tidak syak dia buat maksiat, tanpa dia menyebut perkara yang islamik. kita tidak keliru, bahkan orang beriman mampu selamat dari ini. tapi sekarang, bila buat maksiat pada Allah, tapi masa sama, sebut nama Allah kononnya nampak islamik so bleh tertutup perbuatan maksiat itu dengan kata-kata tersebut, ini menyebabkan kekeliruan. kekeliruan ini bukan perkara baru.. tapi semakin menjadi-jadi dalam masyarakat.

hal ini, kesannya lahir generasi memuji Allah dengan perbuatan Maksiatnya. "aku buat kerja ini dan itu kerana Allah" sambil menyedari penglibatan maksiat didalamnya.. melihat kehebatan Allah dimuka bumi, pada masa sama melayani paku-paku dan jarum kemaksiatan yang akhirnya terkoyak keimanan..

adalah islam itu bersifat farouk, iaitu untuk membezakan sejauh2nya haq dan batil. kalau kita lihat seseorang itu, ingin merapatkan keduanya tanpa ilmu maka dia sesat lagi menyesatkan.

benarlah orang beriman melihat dunia dengan pandangan yang kecil. kerana dunia ini terlalu kotor untuk didiami cahaya iman. hanya orang yang tidak tahu sahaja, ingin membuat dunia sebagai tempat kediaman.

alternatifnya, belajar ilmu agama dan selamatkan la diri kita dari terdedah kepada bahaya-bahaya ini.. caranya? duduk dan hidup bersama ulama, dan orang2 soleh, serta tidak kembali kepada kumpulan masyarakat yang keliru itu. keluar dari kekeliruan, dan ambil jalan yang jelas, moga Allah memandu kita kejalan ketenangan.

mengenai hal siapa yang akan menarik golongan yang keliru tu kembali kejalan Allah, serah pada Allah. kerana mereka yang keliru itu sudah tahu kebenarannya tapi tidak dapat keluar dari kemaksiatan.

hidup ini sementara,
ujian pasti menanti,
setiakan hati di jalanNya,
hingga ketentuan Ilahi...

mohon maaf atas artikel yang sedikit tegas ini..

Saturday, December 12, 2009

Taqwa Itu..

Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu
daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan. Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara- perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya.

Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan
disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru. Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.

Thursday, December 10, 2009

Ainul Mardhiah

Suatu pagi (di dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya "Siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga."

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia berasa malu untuk bertanyakan kepada nabi dan pada para sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar perperang.

Sebelum Zohor Rasulullah akan tidur sebentar, maka para sahabat pun turut tidur. Pemuda tersebut juga turut tidur sebelum Zohor.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.

Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya "andakah ainul mardhiah?" Wanita itu menjawab "ehh tidakk... saya khadamnya. ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab, "eh tidakkk! saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana".....

lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata, "akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku...."

Bila lelaki itu mendekatinya sambil berkata dengan penuh rindu,"Ainaa!!! Ainaa!! Ainaa!!!". Wanita itu menjawab,"Nantiii!! kamu belum syahid lagiiii"

tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).

Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab "benar... benar ... benar..." dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata,"memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.